Saturday, 6 August 2011

Zaman Sekarang.

Hai, selamat petang :D Petang lah, takkan selamat malam kan? Selamat malam nak tidur baru betul wish. Heee :D Sukahati aku jeh buat kesimpulan sendiri. Hihi.

Ape kehal dengan tajuk entri aku? Takda apaapa pun, saje nak gimik lebih. Boleh ? Hehe.

Takde, untuk makluman anda semua, chewahhhh. anda semua haa , taktahan, hehe. Aku ni bukan sahaja seorang pelajar, malah seorang pekerja separuhmasa, alaa parttime lah. Hihi. Kat mana ? Takperlu tahu lahh, di sebuah tempat hiburan. Boleh tak macamtu ? Jangan fikir bukanbukan sudah. HAHA.

Sebenarnya, aku sangatsangatsangat pelik kalau manusia Islam yang tak berpuasa di bulan Ramadhan ? Errr, tu kan rukun Islam yang ketiga. Takkan tu pun kau takboleh nak buat ? Semua orang buat kot masalahnya, keliling kau semua umat Islam yang mampu dan boleh sedang berpuasa. Lainlah kalau kau seorang je puasa, tu memang lahh susah sikit kan. Heee. Tapi masalahnya ni semua berpuasa, takkan kau takpuasa kot. Pelik natang beghuk :P

Bukan lelaki jeh. Selalu kita mesti cakap 'Alaaa standard lah lelaki.' kan? Tapi ni perempuan pun sama. Kenapa? Sebab perempuan memang boleh ada 'cuti puasa' so boleh lah tkpuasa suka hati kau ? Cenggitu ? Hotak hang. Dah tu kau yang kena ganti kot, bukan orang lain pun. Nak kena ganti lagi susah kot. Ppffttt :/
SEDIH ! Padahal kau berbuka tu sebab benda kecik jeh. Haus ? Smoking ? Perghh, memang membazir je lah weh kau tak puasa. Aku cakap ni bukan aku nak tuju kan pada sesiapa. *Hai, boleh tuju lagu? * HAHAHA. Sorry saja nak merepek :P

Sorry SANGATSANGATSANGAT kalau aku cakap ni, kau terasa ke ape ke, aku tak berniat pun nak cakap macamni, tapi aku sedih tengok remaja zaman sekarang ni. Pandai tu pandai, tapi takleh nak fikir straight kenapa. Muka handsome, lawa, comel, cantik tapi tak puasa Ramadhan. Sedih kot.

Aku ni bukan lah perfect mane pun weh, takperfect pun, aku ade kekurangan aku sendiri. Aku tak nafikan, aku banyak lagi kena baiki kelemahan diri aku ni. Im trying to change here okay ? Chehhhh. Hehe. Aku just harap sesiapa yang tak puasa tu, cubalah berpuasa weh. Bukan susah pun. Aku bukan nak cakap apa lah, aku ni seorang yang pemalas gak, sebab tu aku tak pernah ponteng puasa Ramadhan. Sebab satu hal aku nak mengganti puasa tu nanti. Puasa cuti tuh pun tak terganti, apetah lagi yang ponteng. Hihi :P

Lagi satu, puasapuasa ni yang Islam tu takpayah lah tengok wayang nak couple seats bagai lah. Memang lah syiok duduk couple seats, luas and selesa. Tapi puasa tak elok, mengundang fitnah. Tak gitu ? HAHA :P Duduk jelah seats kat tengahtengah, kan seronok tengok wayang tengahtengah ? Hihi.

Aku membebel pasal ni, dah macam ustazah pulak? HAHA. Sorry, aku bukan nak menggedik saja nak poyopoyo macam aku ni sorang jeh yang baik ke alim. Aku pun sama macam korangkorang jugak, tapi ade benda yang kita kena jaga jugak. Enjoy tu enjoy jugak ye :)

Terimakasih sebab dengar aku membebel jadik ustazah ni. Hihi :P Aku cakap jeh tentang benda ni, tak merujuk pada sesiapa pun. Serious. Aku cuma pelik and sedih jehhh aku tengok kawankawan aku macamtuh. Maaf SEKALI LAGI kalau ade sesiapa yang terasa ke ape, SORRY SORRY SORRY *macam lagu Super Junior tuh* Hihi.

Okaylah, tutup cerita ye ? Thankyou, come again :D

Toodles ♥

No comments:

Post a Comment