Okay lama tak update. Setahun sekali nak update ke macammana ni? HAHA. K benda tak kelakar pun senanye tapi nak gelak jugak. *diam aaa*
Tetiba rasa nak update padahal takde benda pun nak cerita. Saja menggedikgediks di sini. *tangandibahu* Alaa bukan ada orang baca pun blog terkandas ni. Harap maklong aa.
Kalau nak update pun macam banyak sangat pulak nak update kan. Untuk dipendekkan cerita, sepanjang aku tak update ni rasanya paling banyak cerita adalah KRESMA rasanya.
KRESMA iaitu Kelab Rekreasi UiTM Malaysia. Kat sini bermulalah kisah aku mendaki gunung, bukit, masuk keluar gua. Aktiviti outdoor yang dari dulu lagi aku nak buat tapi taktahu di mana nak start dia. So selepas terjumpanya aku dengan KRESMA ni, totally change my whole life. *cheh poyo* Dulu shopping handbag heels baju cecantik dress tapi sekarang duit tu la aku nak carik haversack, dry bag, kasut hiking, kasut jogging, seluar hiking and outdoor equipments. Haa lain kan. Aku pun tak sangka senanye boleh terjebak sampai macamtu sekali.
Antara program yang aku dah join:
#1 IntroCamp 35 : Kem Kenaboi, Jelebu Negeri Sembilan - Caving and Water Tubing
#2 Gunung Rajah Pahang - Summit and Air Terjun Naning (Sakit lutut yang takboleh nak jalan straight masa turun gunung)
#3 Kenaboi Adventure Race (KAR 2013) - Sepatutnya boleh antara yang terawal tetapi lutut buat hal
#4 Chemerong Berembun Langsir, Terengganu - Air Terjun yang awesome gila
#5 Dinner & Family Day KRESMA, Port Dickson - Hawaiian Theme Dinner & mandi pantai
#6 Lifeguard Bronze Test - training for only 2months and quite hectic schedule
dan taklupa jugak
#7 SUKOL - Sukan Antara Kolej mewakili NonResident(NR) & dapat pingat emas ! :D
Untuk satu sem aku buat semua ni. Memang kerja gila aa cerita dia. Entag ke mana kerja aku assignment tutorial labreport melayang. And finally dapat result Semester 4 drop gilagila. Hmm sedih senanye bila tak dapat maintain result and terlepasnya impian aku untuk dapat Anugerah Naib Cancelor. Tapi tiada rezeki kan so aku akan teruskan usaha dengan impian kedua iaitu grad dengan Kelas Pertama. InsyaAllah lepasni kena focus and takleh banyak main sangat. *jangan cakap kosong sudah lah*
Dan yang paling tidak disangkasangka, aku terjumpa Arjuna Hati. Chewah tak boleh blah ayat. HAHAHAHA. Apa yang berlaku dengan AR aku anggap tiada jodoh walaupun aku breakup memang tetiba dan boleh dikatakan aku yang salah. Ampun maaf segalanya. Memang teruk tapi itu merupakan jalan yang terbaik buat aku dan kau.
Dan dengan itu secara kebetulannya, seorang jejaka yang aku takpernah nampak dalam UiTM ke KRESMA ke tetiba dengan beraninya menegur aku di FacebookChat. And sekejap jeh tu aku dah masuk dan selesa dengan dia. Padahal aku bukan jenis yang menegur orang yang aku takkenal. Tapi dengan dia macam tetiba aku nak reply dia punya chat. Alhamdulillah secara jujurnya, aku sangat bersyukur sebab dapat berkenalan dengan jejaka ini. *haa jiwang tak aku* HEHEHE
Okay dah geligeli dah aku, Boleh berhenti kot. Dah lah lapar ni.
Kbaii nak sambung main game. *larikan diri*
Toodles ♥






